Saturday, December 4, 2010

Seni Bina pada negara Islam dan Asia

Seni Bina Islam

Seni Bina Islam Bermula Pada abad ke-7 Masihi apabila masyarakat Islam telah menguasai Rom Timur dan Parsi(Iran).Seni bina Islam diperbaharui dan dicampur-aduk dari seni bina Rom dan Parsi seperti Masjid Cordova dan Istana Alhambra di Andalusia(Sepanyol)Masjid Cordova bercirikan seni bina Afrika,Arab dan Eropah dengan dihiasi batu permata di kubah masjid dan 1000 tiang disadur granit dan marmar.Masjid Ahmed(Masjid Biru) di Turki menampakkan kubahnya yang biru serta mempunyai 4 menara mimbar yang berunsurkan elemen Greek,Eropah dan Turki.Masyarakat Islam pada masa itu amat gemar menghiasi bangunan komuniti seperti masjid,pasar dan universiti.Selain itu,masyarakat Islam turut seni bina yang indah pada makam dan kota pertahanan contohnya Taj Mahal (India) merupakan seni bina teragung dunia dengan 4 tiang di setiap penjuru makam dan disekitarnya terdapat kota dan masjid.


Masjid Cordova di Sepanyol
 
Senibina termasyur dunia,Taj Mahal

 Masjid Sultan Ahmed di Istanbul,Turki
 

Seni Bina Asia

Seni bina Asia begitu berlainan dengan seni bina tamadun lain.Keunikan seni bina adalah bergantung kepada budaya negara masing-masing.Kebanyakannya seni bina Asia adalah mengikut tradisi agama dan lebih kepada tujuan ibadat disamping menggunakan lanskap alam semulajadi.Istana Larangan di China dan Istana Kinkaku di Jepun mempunyai tiga tingkat bumbung dan mempunyai ukiran naga di bucu bumbung.di tengah Istana terdapat lanskap yang menarik seperti kolam ikan dan tanaman bonzai.Di India,mereka menggunakan seni bina berasaskan kepercayaan agama seperti kuil dan mereka lebih mementingkan fungsi sesebuah bangunan berasaskan seni bina yang menarik.

No comments:

Post a Comment